Biar je orang tu bawak kereta macam jalan tu dia yang 'tar' sendiri.
Buat apa runsingkan hati dan sakit hati dengan orang yang kurang adab sopan macam ni?
Kalau ada orang yang suka malukan orang lain depan orang ramai langsung takde sensitiviit lepas tu gelak tak henti-henti,
Lebih-lebih lagi bila lawak kurang sopan itu disambut hilai tawa ramai
Biar je orang-orang macam ni,
Mungkin diorang cakap kau kurang chill dan tak cool
Tapi mungkin diorang lupa yang batas lawak itu perlu ada
Lingkungan sopan, agama dan prinsip bukan mende yang kau boleh buat suka-suka
Kata Lardelli dalam lecture genetix
Taburan genetik manusia adalah mengikut taburan normal
Mungkin ahli falsafah kurang bersetuju tapi pada aku, apa salahnya mencipta panduan selagi tak membebankan
Tuntasnya
Kalau kau nampak orang yang tidak bersopan
Kau redhakan sahaja
Sebab posisi mereka dalam bell curve hanyalah di lingkungan outer limit.
Mungkin Tuhan sedang menguji kau untuk menahan diri
Makanya, sila berdoa, supaya kau tidak jadi begitu
Juga berdoa untuk mereka tidak terus begitu.
1 komen:
wah sejak bile ko xchill dan kurang kool nih?
Post a Comment